Ahad, 2 Julai 2017

Tinggal Sejarah....

Tahun lepas dan tahun ini adalah merupakan zaman kegelapan bagi pasukan Kriket Sk Sungai Gau. Pasukan tidak dapat menyertai sebarang kejohanan yang dijalankan kerana kekangan kewangan dan merupakan sukan yang dijadikan fokus oleh pihak berkenaan. Kini hanya tinggal nama, barang-barang semua berabuk di dalam stor. Skill pemain semuanya telah berkarat. Harap ada sinar pada tahun  2018.

Rabu, 29 Oktober 2014

KEJOHANAN JEMPUTAN KRIKET BAWAH 11 TAHUN DI SMK SERI PEKAN



Kejohanan Jemputan Kriket Bawah 11 Tahun akan dilangsungkan pada 31 Oktober hingga 2 November 2014. SK Sungai Gau akan menghantar pasukan Kriket Gaurians untuk mengalas dan meneruskan perjuangan. Terdapat 5 pasukan yang akan menyertai pertandingan ini. Kriket Gaurians telah mendapat sokongan penuh dari Guru Besar Tn. Hj. Mohd Alwi , Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dan juga sumbangan terbanyak PIBG SK Sungai Gau.

Kriket Gaurians telah menjalankan latihan pada setiap  hari Selasa dan juga Sabtu. Latihan intensif juga dijalankan selama sebulan sebelum kejohanan ini .

Seramai 10 orang pemain daripada murid Tahun 4 dan 5 telah dipilih melalui sesi latihan yang telah dijalankan Di antara pemain Kriket Gaurians ialah Muhammad Najmuddin, Adlin Nabil, Muhammad Aiman Arsyad, Wan Muhammad Syahmi, Muhammad Ghozi, Aiman Azhan, Muhammad Izhamuddin, Muhammad Najmie, Muhammad Aniq